Memandangkan artikel ni asalnya Bahasa Inggeris, jadi saya repost balik dalam Bahasa Melayu. Hak ber-bilingual hak masing-masing okayy? Artikel ni explain jenis2 tandatangan dan kenapa ia perlu dielakkan. Bukan saya yang buat2,faham. Penulis dia seorang 'handwriting analyst' jadi dia lebih faham apa yang dia tulis. Saya hanya translate & simpulkan artikel.
Tandatangan mendedahkan bagaimana seseorang itu mahu dunia untuk melihat dia. Oleh itu, ada kemungkin bahawa tandatangan boleh mengelirukan orang. Mereka boleh membuat tanggapan yang mungkin tidak benar sama sekali. Walau bagaimanapun, tandatangan tidak boleh dianggap sebagai tidak penting kerana walaupun ia mungkin tidak mencukupi untuk tujuan analisis tulisan tangan yang lengkap, mereka adalah sebahagian daripada kehidupan penulis. Setiap kali anda melakukan tandatangan, anda membuat satu kenyataan kepada diri sendiri dan kepada seluruh dunia, berkata, "Lihat, siapa saya." Ia bermaksud bahawa tandatangan mencerminkan bagaimana seseorang berkelakuan di khalayak ramai dan bagaimana dia mengendalikan dirinya.
1. Tandatangan 'camouflage'
Huruf pertama pada tandatangan disamar dengan bulatan. Kita nampak macam 'Brett' tetapi tu sebenarnya tandatangan nama 'Lynett'.
i. Menghadkan diri sendiri
ii. Sangat 'defensive' dalam khalayak ramaiTerlalu melindungi diri sendiri
iii. Ada masalah membuat kenalan atau kawan sebab tidak bersikap terbuka / bersifat dingin dan takut untuk disakiti
iv.Suka syak motif orangSensitif tahap dewa
2. Tandatangan 'strike-through'
i. Benci kepada diri sendiri
ii. Kecenderungan untuk menghukum diri sendiri
iii. Mengambil langkah yang drastik untuk sabotaj kejayaan diri sendiri yang sudah dikecapi.
3. Tandatangan kecil
i. Kurang keyakinan mau buat kerja/rutin harianMempunyai 'low self-esteem' dan pemalu
ii. Dalam sesebuah kumpulan, orang yang inilah yang fikir paling rendah pasal diri dorang berbanding orang lain (dalam soal rupa, duit, bakat, kejayaan).
iii. Harga diri yang selalu dipijak orang
iv.Sasaran mudah @ 'easy target' sebab tidak melawan
v. Kurang berani untuk meluahkan pendapat
4. Tandatangan 'traceback'
Menurut Google (dan kalau tidak silap),ini tandatangan Antonio Banderas. Tidak tahu kalau ciri2 yang ada dibawah ada sama dia haha
i. Terikat dengan masa lalu
ii. Terlampau berfikir pasal masa silam
iii. Sukar untuk melepaskan perkara lama sama ada baik ataupun buruk
i. Terikat dengan masa lalu
ii. Terlampau berfikir pasal masa silam
iii. Sukar untuk melepaskan perkara lama sama ada baik ataupun buruk
5. Tandatangan 'scribble'
i. Selalu kelam-kabut
ii.Fikiran lebih cepat dari tangan
iii.Jarang ambil tanggungjawab penuh untuk perkara dalam hidup dorang.
iv.Terlalu sibuk untuk diri dorang sendiri dan jarang menyelesaikan tugas-tugas dorang dan menyalahkan orang lain .
Kalau ada yang tidak puas hati atau mau bawa berdebat pasal tandatangan saja atau minat baca artikel asal (Bahasa Inggeris), klik link dibawah:
To make things interesting, saya mau invite siapa2 saja yang berminat untuk buat post berkaitan dengan tandatangan kamu (anggap mcm main tag-tag tu la) :D Ambil gambar atau scan tandatangan uols tu, upload then hurai dan kasi kait la apa persamaan ciri-ciri tandatangan diatas dan personality kamu . Ada berani?
P.S Semua gambar saya songlap dari Google for display purposes only. None of them are mine. All rights reserve untuk uploader asal.
No comments:
Post a Comment